Lihat bintang di angkasa...

"Uish, segan gila nak dekat, budak sekolah agama kot."

Tak tipu, I have this kind of thought setiap kali jumpa sesiapa je that I know came from sekolah agama. Eh jap, kiranya start dekat UniKL lah ada this kind of thought, eh no, it started from UIA (okay, UIA kot). So, negative ke positive eh fikir macam ni?

Come to think of this, positif jugak lah kot. Seriously, I can't resist from rasa kagum (walaupun sikit) dekat sesiapa, I ulang, sesiapa dan semua yang came from sekolah agama. Walaupun dulu masa UPSR sekolah idaman adalah SHAMS (if you know sekolah apa lah). Cuma, Tuhan palingkan terus hati ni 360 darjah bila dah dapat offer Sekolah 'Satu Penduduk' (SSP). Gurau je, cuma nak cakap offer SSP datang dulu sebelum SHAMS, sombong sikit masa tu dah tak pandang offer letter SHAMS. Bukan pandang rendah pun, tak langsung.

Kenapa positif? Sebab this is a kind of expectation and judgment (okay judging orang bukan benda yang baik pun) yang bagus kot. As far as I know, surrounding sekolah agama ni sangat bagus lah, tak kira sekolah satu jantina ke sepuluh ke, at least diorang get exposed to muamalat dan life secara islamik nya tu. Takde lah nak kata sekolah sekular ni tak islamik, mana ada T.T kitorang pun ada jugak solat hajat setiap malam, baca mathurat, baca yassin, solat tarawikh tapi the amal(s) are just routine. Takde orang pun nak tegur secara serious how you should dress, macam mana nak bermuamalat dengan cara yang betul dekat luar sekolah, dengan lain jantina ke whatever. Eh, ustaz ustazah ada je *kot* cerita sikit, tapi mungkin sekadar syllabus atau students (including me) yang tak ambik cakna at all. Sebab apa? "Alah, kita bukan sekolah agama nak islamik lifestyle sangat."

Yes, those were all bad things or thoughts I had masa zaman sekolah. Eh jap, tapiiiii I still love my high school, sebab banyak je belajar pasal life, friendships, etc. so not that bad lah sekolah sekular pun (haha, nak jugak). It was just me lah being malas or tak cakna pasal Islam yang sebenar. Dan, kerana itulah expectation dan kekaguman seorang Maisarah terhadap rakan rakan atau sesiapa sahaja yang dari sekolah agama sangat sangat lah tinggi.

Betul je, ramai jugak admit yang bukan bermaksud sekolah agama, tu dah cukup nak kata she/he lives a very islamic lifestyle. Tahu je manusia tak semuanya sempurna (why so serious ah the usage of word?). In my defense, at least you guys di-exposed dengan banyak sangat benda yang berkaitan dengan Islam yang secara perfect-nya. For me, cool lah korang sebab muda muda dah macam tahu banyak benda pasal Islam ni, dan bertambah cool sebab korang boleh adapt dengan rules sekolah yang ke arah islamik style tu. I was and am always like 'fuyyyoooo hebat gila diorang kat sekolah boleh follow rules macam tu.' Err, kalau nak faham you can come (atau tanya myself) to my school and tengok rules kitorang pasal apa kebanyakannya. Well, maybe sebab kitorang semua 'hawa' hiks, so boleh excuse lah kan.

Okay, so what's my point sebenarnya? Hahahaha. tu je nak cakap. I have a very very high expectation towards semua yang came from sekolah agama tak kisah lah imtiaz ke, maahad ke, SBPI ke, sekolah agama kerajaan ke. Tapi, one thing kot I really hope from you guys, fahamilah kami yang kebanyakannya keluar sekolah masuk universiti baru didedahkan dengan lebih banyak tentang Islam yang sebenar. Tegur lah dengan penuh hemah sebagai seorang pelajar sekolah agama (haha, lekat dah ni label ni, well I'm labeling people, sorry tho). Oh but wait, since I have high expectation yang baik baik towards you guys, jangan pulak sangka buruk sangat dekat kitorang eh, ada je kan side baik from kitorang (please lah you can think one, at least haha).

Okay tu je, and kita ni dinilai oleh Tuhan je baik buruk. That's the most important thing to keep as a reminder, do good sebab Tuhan, and He will give good in returns.

"Sekolah mana pun kita, selagi mana namanya Muslim, kena jugak beramal dengan Islam. Belajar dan beramal. Semua orang sama je." - Cik X. Tapi tak setuju jugak part 'semua orang sama je', nak jugak bantah. Haha. Bye! Do good, be good! *Wink*

No comments:

Post a Comment

Say something