Manisnya Ujian Tuhan

Masih pagi, awal pagi yang sepi. Masing masing masih mencari kekuatan untuk bangkit dari tilam empuk. Saya dah pun selesai sarapan, hihi a morning person katanya.


25 Disember 2014.

Anakanda ini dikhabarkan berita mengejut dari ayahanda. Khabarnya, bonda sedang di hospital, baru selesai menjalani pembedahan kecil. Allahu, boleh bayang tak perasaan anakanda ini bila berita itu disampaikan? T.T tanpa berfikir apa pun, laju tak berhenti air mata mencurah curah di pipi. Rasa berdosa, rasa tak berguna. Bonda sendiri pun tidak diambil tahu khabarnya. Disalahkan diri sendiri, sebab memang pun seminggu itu anakanda ini disibukkan dengan kerja persatuan, tapi peringatan penting buat anakanda ini, jangan sampai terlupa bonda dan ayahanda. Jangan sampai sehari terlepas bertanya khabar. Silap aku di situ, diakui dan dikesali.

Tapi, kata ayahanda, bonda yang mengelak untuk mengkhabarkan berita ini kepada anakanda, bimbang anakanda terganggu studynya. Pembedahan bonda katanya nak remove lump in her left breast. Dan, masih tidak diketahui penyakit yang dihadapi bonda. Kata mereka, doakan saja yang terbaik.

Terganggu emosi anakanda ini mengacarakan majlis besar pada malamnya. Tapi, alhamdulillah dengan team mates yang sangat supportive, berjaya majlis itu sejayanya.

Hari hari berlalu, tanpa berita yang sahih dari ayahanda bonda. Cuma, mereka katakan semuanya baik baik, jangan dirisaukan mereka di sana.

******************************************************************
Beberapa hari sebelum peperiksaan akhir semester, kami dikhabarkan peperiksaan ditangguh, untuk masa yang agak lama, dek cuaca sejuk dan salji yang bakal turun. Pengumuman itu di siangnya, dan tepat sebelum tidur, tanpa niat serious, try lah check flight ticket ke Malaysia dan surprisingly, harga ticket menggugat menarik tangan ini untuk pulang. Dan, yes flight ticket dibeli awal pagi esoknya dan penerbangannya di waktu malam harinya.

11 Januari 2015.

Tiba di bumi Terengganu tercinta. Hampir menangis kegembiraan melihat wajah wajah kesayangan anakanda.

******************************************************************

Hari hari di rumah, melihat dan belajar mendalami ayahanda bonda. Jujur, diri ini tidak 'bercuti' mana, cukup sekadar di rumah dekat dengan keluarga, melakukan apa yang patut.

Bonda tidak lah sekuat dahulu. Bonda tak lagi ke sekolah untuk mengajar, bonda tidak lagi melakukan kerja kerja rumah, bonda makanannya sendiri pun disediakan ayahanda. Dan, sememangnya ayahanda memang bertugas memasak di rumah, sejak dulu kala lagi.

Bonda tak lagi makan menu yang sama dengan kami, menu harian beliau ; ikan dimasak sup atau panggang atau rebus bersama nasi dan sayuran yang banyak. Minumnya juga jus buah buahan yang dikatakan anti-oxidant. Tiap pagi, petang dan malam, ayahanda terutamanya tanpa jemu tanpa lupa, blend buah untuk dibuat jus minuman untuk bonda. Nampak simple tugasan ini, tapi anakanda ini sendiri pun selalu terlupa jadual makan minum bonda. Loser kan diri ni? :(

Dalam seminggu, ada dua atau tiga kali bonda dan ayahanda ke hospital untuk appointment dengan oncologist. Dan suatu malam, waktu cuma anakanda ini dan bonda di rumah, bonda khabarkan realiti yang cukup mampu mebuatkan anakanda ini hiba setiap kali terkenangkan momen itu. Khabar beliau, pakar dah pun sahkan beliau menghidap breast cancer. Maaf bagi yang bertanya stage cancer bonda, sebab anakanda ini sebenarnya tidak sanggup bertanya, diri ini hanya mampu mendengar, dan yang difahami bonda ada sebut malignant, wallahualam. Malam itu juga, bila ayahanda sudahpun pulang dari kerja, ditanyakan kepada diri ini pendapat untuk bonda teruskan rawatan chemotherapy atau biarkan sahaja bonda begitu. Tentu sahaja sebagai pelajar medik, anakanda ini memilih chemotherapy. Bonda kata, dia takut, takut tak cukup kuat untuk segala kesan chemotherapy. Tapi, itu sahaja solusi yang tinggal untuk memanjangkan kelangsungan hidup paling kurang, solusi untuk memastikan terhapus cell jahat dalam badan bonda.

Dan, dalam hiba malam itu juga, ayahanda mengatakan janji yang cukup menambah hiba namun bahagia diri ini mendengarnya, kata ayahanda, "Kan dah berjanji masa kahwin, susah senang, macam mana keadaan Ummi pun Abah terima seadanya." Ah, bahagianya jiwa ini, mengetahui yang ayahanda pasti tidak akan tinggalkan bonda, dan pasti kekal cekal semangat di saat bonda jatuh lemah semangat, tidak berdaya fisikal mahupun emosi.

Terbuki, memang ayahanda sangat cekal jiwanya, tanpa penat lelah berulang alik ke hospital, melakukan kerja rumah, di masa yang sama tak lekang dengan tugasan pejabat, anakanda ini bangga, anakanda ini terharu dan bersyukur yang amat, dikurniakan ayahanda yang hebat ini :')

Sejak pulangnya anakanda ke bumi Jordan, baru sekali bonda menjalani rawatan chemotherapy, dan yang dikhabarkan dinda, bonda semakin kelihatan lemah, tanda tanda pesakit yang menjalani chemotherapy semakin terlihat pada diri bonda. Sedih dan menyayat hati melihatkan bonda yang terpaksa merasa sakit itu, melihat bonda yang tidak kuat itu. Tapi diri ini dipujuk Tuhan yang Maha Pengasih, Tuhan dah pun berjanji kesakitan di dunia ini cuma sementara, sebagai ujian untuk hambaNya ke syurga. Dan anakanda ini yakin, bonda dan ayahanda yang cekal semangat, yang tak mengeluh bila diuji, bakal diganjarkan syurga tertinggi, inshaAllah, anakanda ini sentiasa mendoakan.

Untuk saat ini, hanya itu yang mampu diceritakan. Sekadar berkongsi cerita, dan semoga jiwa yang membaca terpanggil untuk mencari hikmah inshaAllah.

Cuma satu, anakanda ini sangat merasakan ujian buat ayahanda bonda kali ini, merupakan salah satu jalan nikmat juga buat mereka berdua, kerana ujian ini mampu bonda dan ayahanda terima dengan lapang dada, malah makin mereka dekatkan diri dengan Tuhan. Manisnya ujian Tuhan :')

Februari 22.



4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Haritu kan Mai, aku pun terpaksa hadapi few dugaan. Time tu rasa macam Ya Allah, kenapa semua ni jadi. Tapi Alhamdulillah Allah kuatkan diri ni (eventho memang dah rasa macam nak kurung dalam bilik nangis everyday), tolong sedikit demi sedikit and mula nampak hikmahnya satu persatu. Bila baca your story, nampaknya Mai lagi kuat. Stay strong Mai, InshaaAllah everything will be fine. Semoga Ummi Mai cepat sembuh, InshaaAllah amin. Take care.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Mai. Stay strong k. Kitorang ada. :D

    ReplyDelete

Say something