MENGEMBEK atau MENGAUM?

"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum."

Gitu, katanya pepatah Melayu. Kiranya semua kena tukar gaya ikut keadaan, ikut persekitaran, macam tu? Tapi sampai bila? Kenapa bukan di semua tempat boleh nak berlagak diri sendiri?

Jawab majoriti, "takut nanti tak diterima masyarakat di situ".

Bosan. Penat.
Sebab dunia ni tak kekal, dunia ni 'neraka'.
Ya, sebab tu kita tak pernah rasa puas, jarang rasa senang. Sebab dunia bukan tempat berehat, memang bosan, memang tak akan habis penat.

Mukaddimah, general. Tanpa spesikifasi, tanpa khusus pada satu apa pun. Tapi, aku tulis sebab itu memang aku rasa. Pasal, memang berlaku pada aku. Pening juga mana satu nak ambil pakai, ada kata "Jadi diri sendiri, tak kira mana anda berada" ada kata "Fit yourself into society". Aku keliru, titiknya aku ambil, dah tak payah pakai apa apa, tapi gila lah tu. Mana mungkin tak pegang mana mana. Bila kata tak punya prinsip hidup, nanti manusia pandang aneh. Tapi kalau macam pepatah tu, apa? Ah, persetankan benda kecil semut yang aku fikir ni. HAHAHA.

Hari ke hari, aku belajar memang takkan semua kau boleh buat ikut otak akal kau. Bernas mana, hebat mana kau, belum tentu manusia boleh pandang baik. Percayalah, nak ikut kata hati sendiri pun payah. Hati kata sayang, tapi akal kata pergi jauh. Hati kata benci, tapi akal suruh dekat. Nak tak nak, berhenti kejap tanya Tuhan, mintak dari Dia sebab Dia lebih tahu. Tapi kadang Tuhan tak tunjuk terus, kena jugak ikut kata hati. Kata hati kita, kadang bahagiakan orang tapi sendiri hiba, kadang sebaliknya. Tapi tak mengapa lah selagi bukan benda yang Tuhan benci.

Jawapan aku nak cari hari ini (tipu, sebenarnya dari dulu dah mencari, tapi tak pernah nak jumpa solusi, hati tak ikhlas mungkin) ialah, mana satu aku nak ikut? Mana satu aku kena jadi? Boleh aku kekal buat apa aku suka, apa hati aku nak, walau sekeliling macam menghentam? Lagi parah, bila kena berperang dengan hati sendiri. Nak sayang, tapi tak boleh luah.

Titiknya, tak pernah aku henti tanya diri, nak mengembek ke mengaum?


*Pesanan penulis : Maaf, jiwa kena usik. Ayat kurang sopan, yang dikongsi macam tak beri makna. Doakan hati sihat segera.