Kau mahu jadi doktor?

Ramai orang dah aku khabarkan sejarah 'penglibatan' aku dalam dunia medik. Bagi aku, cukup 'rare' kisah aku. Mungkin aku yang terlebih perasan sekarang, tapi moga moga suatu hari nanti boleh aku ceritakan kembali how that rare thing turns out as something (or someone) great, inshaAllah. If you insist to know how I get in here now, just hit me, I'll let you know.

Cukup lah sekarang dah masuk semester kedua tahun dua MBBS. Tak berani nak cakap banyak, cuma sampai saat ni aku rasa tersangat lah bersyukur. Dapat lepas masuk tahun dua ni pun, macam nak nangis rasa. Come to think of this thing, betapa lah kan pemurahnya Tuhan tu bagi aku sampai tahap ni. Dengan umur tak cukup 20 tahun, aku dah jejak bumi Jordan, dengan ditaja (pinjaman MARA) sekarang di tahun dua, belajar medik. Banyak betul rezeki Tuhan kasi. Takat mana amal kita nak tunjukkan syukur tu? Hmmm, nangis dalam diam.

Tapi, semua ni buat aku terfikir jugak. Belajar setakat ni macam okay je, tapi masa depan? 4 tahun akan datang? Kerja nanti?

Sebab aku rasa dunia doktor ni bukan sebarangan life atau profession. Kau bayangkan lah, nak live the life as someone yang 24/7 kena faham hidup, function badan manusia. Semua orang sakit, semua orang perlukan doktor. Dan, ilmu yang kau belajar memang tak boleh lupa sampai bila bila. Dalam banyak profession kat dunia ni, kerja kau lah yang paling faham physiology manusia. Dan, masalah berkaitan physiology manusia ni sangat kerap berlaku. Like, yes almost every seconds. Dengan expectation orang lagi. Memang betul pun, memang patut pun, bukan semua orang boleh ambik dan survive dunia medik ni. Kalau kau bukan jenis yang rajin dan otak geliga sikit, memang aku cakap, susah lah nak hidup. Sebab tu bukan semua orang terpilih nak diberi peluang sambung bidang medik ni. Bukan nak kata aku berbangga sebab dah jadi part of it, tapi sebaliknya yang aku rasa sebenarnya.

LOSER! Ya, sampai tahap aku rasa sangat loser. Dari dulu (even before aku ditakdirkan di sini sekarang), aku selalu terbaca life student medik (atau doctors themselves) yang sangat busy, sikit tidur, ciput rehat, tak banyak main main melagha bagai. At that time, I was quite fascinated and amazed how those people can live in that kind of unorganized life. Fuhhh, tak sanggup beb!

Dan, macam mana aku boleh kata aku rasa loser? Sebabnya sampai sekarang aku rasa aku belum live the way medic students should. No, not saying semua orang bila dalam field ni kena hidup macam tu, tak berapa teratur, kurang rehat, tidur semua. Tapi, err memang kena pun macam tu *kot.

Sampai satu tahap aku keep on berfikir, betul ke aku ni ready nak jadi doctor? Nak berkorban tidur sikit pun payah, nak berhenti daripada layan movie, games, social network pun sangatlah mujahadah yang tinggi. Dah second year kot, aku masih tak mampu nak korbankan diri untuk give full focus on belajar. And, I start to doubt myself, mampu ke aku nak kerja as a doctor? Belajar dan lulus, inshaAllah lah.

Kata nak jadi doctor, tapi tengok ke'busy'an di dunia maya sama naik je dengan orang yang tak masuk university. Pastu merungut banyak gila materials nak kena revise, semua benda nak hafal in short period of times. Merungut, mengeluh dan sampai bila tak habis. Sampai tahap aku rasa, orang lain pun doubtful tengok budak budak 'konon ambik medik' ni penuh dengan keluhan dan aduan kat social network especially. Manja takde tahap, tapi mengaku nak jadi doktor. Piiiraaahhh! Macam boleh kot sedar diri sikit kalau still kau takde effort macam sepatutnya a medical student should have, kau boleh kot fikir juta kali betul ke tak kau ada dalam bidang ni sekarang.

Bukan nak kata you can't have life as normal human being should, tapi kau patut sedar kau sekarang dalam profession ni. Bagi aku, once kau pilih belajar pasal medicine, kau memang dah kira masuk dunia profession doctor tu sendiri. Sebab setiap apa yang kau belajar memang kau kena ingat dan memang kena apply dalam kerja kau nanti. So, kalau kau main main sekarang, mungkin payah lah nanti nak survive. Kau nak main main dengan jiwa, hidup mati pesakit kau? Come on lah, memang nampak cliche, tapi that's the real life! That's sooo true mannn!

Sekarang ni, tinggal diri sendiri je lah nak decide nak ubah life ke nak stick to what kau tengah buat masa ni. Tak cakap pun compulsory untuk kau berubah, sebab tu life kau. Tapi, kau mesti lah taknak jadi doktor cikai yang setakat dapat ijazah graduated abroad tapi hmmm. Gitu lah. Something yang aku rasa semua yang dalam 'line' ni kena reflect dan fikir dalam dalam. Sangat lah dituju tepat pada diri sendiri. Aku pun teringin jugak nak hidup gaya budak medik betul, bukan nak bajet poyo ke apa, tapi aku tahu itu satu keperluan. Aku taknak sia siakan aku belajar 6 tahun untuk jadi doctor yang cincai, tak berkualiti. Mohon doakan aku! Dan, untuk semua kawan seperjuangan dalam 'line' ni, doa aku sentiasa ada, inshaAllah. Moga semua orang jadilah apa yang diimpikan and live that life in a good way.

Maaf, tak cukup dalam kot. Just food for thought. Moga bermanfaat.