Yang kanan dibelai mesra, Yang kiri disantun manja.

Kasihan yang kiri, selalu dinilai rendah tahap kemuliaannya. Moga sahaja yang kiri tetap tabah. Kerana mulia yang kita mahu, bukan untuk nilaian manusia tu kan? Tenang lah yang kiri, yakin sahaja Tuhan pandang usaha kamu. Biar lah langkah kamu bukan lah laju, langkah kamu nampak tak harmoni kedua dua hayunan kaki ; biar lah di sudut pandang mereka, langkah kamu nampak goyah, mudah aja dihanyut deras badai, longlai dibuai angin monsoon.

Siapa di kanan? Siapa pula di kiri?

Yang kanan, biar lah dia sendiri, lagaknya sudah yakin dengan langkah sendiri. Moga moga langkahnya tak tersungkur, moga Tuhan tetap terus permudahkan jalannya, yuk?

Untuk kamu yang di kiri saya, bukan nilai keduniaan yang meletakkan kamu di kiri. Letaknya di kiri moga kamu tahu, kamu masih punya tempat, tetap sahaja di samping saya. Jarak kamu di kiri sama juga jarak dia yang di kanan saya. Yang nampak di pandang mata cuma arahnya sahaja. Pandangan manusia jangan kita hina, nama sahaja manusia kan? Pasti ada celanya, kita pun sama sahaja, banyak benar aib yang Tuhan tolong lindungkan. Baiknya Tuhan. Baik juga kamu yang di kiri, sebab masih terus melangkah. Paling kurang untuk tetap di sisi saya, bukan? Di kiri bukan bermakna tak disanjung, cuma ada yang di kanan perlu saya dahulukan. Tetap di situ ya? Jangan beralih dulu. Nanti langkah kamu dah semakin ke hadapan dan kemas, saya anjakkan kamu ke kanan pula. Biar terlebih cinta.

Tak jauh pun kamu di kiri, cuma yang di kanan ni lebih mudah didekati ; andai yang kanan ini jauh jarak fizikalnya pun, dek kerana hati dah terlebih cinta, yang jarak satu batu pun dekat sahaja dirasa.


Kosong. Orang kata 'plain' reading. Aku rasa lah. Baca dua kali macam tak memberi makna apa pada aku sendiri, tapi aku mahu tahu apa makna yang aku tulis ni. Kalau sekali baca, ada perasaan yang cuba menyelit jiwa anda, kongsikan lah. Gaya bahasa bukanlah sulit pun, tapi tak mengerti tulisan sendiri. Sekadar saja saja, konon cubaan jadi gaya tulisan 'deep', tapi macam gagal lagi. Ketawa lah. Sejujurnya diri ini dibuai keindahan malam yang kurang cahaya kerajinan untuk menelaah. Moga sahaja aku dan seperjuangan dipermudah urusan hari mendatang. Nak jadi duktur manusia, bukan duktur alam maya cuma. Selamat!


No comments:

Post a Comment

Say something