"Kita lukis gambar buku."

22/12/2014

Usrah terakhir untuk tahun 2014 bersama Kak Aisyah (sebab dah nak balik bercuti di Malaysia; jaga diri Kak Aisyah). Di awal sesi usrah, Kak Aisyah minta semua kami lukis satu objek yang menggambarkan 'apa yang diri mahu di akhir perjalanan tarbiyah'. Buntu sebuntunya. Satu, sebab tak reti melukis. Dua, sebab tak rasa mampu digambarkan dalam lukisan objek. Dan, Maisarah terus mengarut bercerita kisah hidupnya sambil ahli usrah yang lain menyiapkan tugasan yang diberikan.

"Mai, dah lukis belum?"
 Heee, sengih lagi busuk daripada kerang. Hah.

Bismillahirrahmanirrahim. Pegang pen, garis ke bawah, garis ke kanan, turun ke bawah lagi dan dari kiri ke kanan kembali. Jadi sebuah bentuk segi empat. Buat ombak dalam lima baris, nah siaplah lukisan buku hasil seni seorang Maisarah. Tunjuk dekat kawan sebelah, digelaknya lukisanku yang indah itu. Haha. Nasiblah engkau, Mai.

Orang ketiga terpilih untuk membentangkan hasil lukisan. Eh, terlupa nak cerita perkongsian yang lain. Baik, kita simpan pembentangan Maisarah di akhir cerita.

Ukhti 1 : Lukisan dua bekas yang setiap satu mengandungi nila dan minyak. Katanya, kalau dipilih minyak, bila dititis ke dalam bekas air, tak meresap, menjadi eksklusif cuma. Kalau nila, setitik ke dalam air, merebak warnanya ke seluruh bekas. Katanya, mahu menjadi seperti nila, mampu mempengaruhi manusia lain dengan menjadi qudwah (contoh) hasanah (yang baik).

Ukhti 2 : Kuda yang sangat comel seekor. Katanya mahu menjadi proaktif seperti kuda.

Ukhti 3 : Puzzle (dua keping dilukis). Mahu menjadi paling tidak secebis kepingan puzzle biar kecil saiznya tapi mampu menyumbang dalam dakwah dan Islam.

Ukhti 4 : "Great minds think alike." Haha, sebab sama yang dipilihnya, buku. Tapi, alasan berbeza. Jauh berbeza. Kalau ukhti ini, katanya ibarat sebuah buku yang kosong yang kita catat amalan kita dan sampai ke penghujung buku itu, penuh terisi. Dan, boleh jadi segala isi yang tercatat mampu menjadi inspirasi kepada orang lain.

Tak terbayang perasaan sendiri saat tu, kagum. Sebab Tuhan ilhamkan akal dan pendapat yang sangat berlainan untuk setiap dari kami berlima.

Dan Maisarah memilih buku. Sebenarnya, kalau diberi pilihan tak sudi berkongsi dengan ahli usrah, sebab segan. Rasa macam tak layak je nak menceritakan lukisan yang dipilih.

Yang diceritakan ini sama sahaja yang diceritakan kepada ahli usrah.

"Sebab Mai minat writing. So, Mai pilih buku sebab Mai nak jadi orang yang boleh sampaikan Islam melalui writing Mai. Tapi, sejujurnya inferior sangat rasa sekarang ni, sebab ilmu di dada tak mampu dan tak cukup pun nak berkongsi dengan orang lain. Doakan lah Mai mampu suatu hari nanti."

Betul, sangat lah rasa tak layak nak simpan impian menggunung tu. Sebab Maisarah jauh dari seorang yang 'bagus' dan segala yang baik baik. Tak nak jadi 'angan angan Mat Jenin' tapi tak nak juga hasrat hati terkubur. Moga sahaja, suatu hari nanti, ilmu di dada menggunung tinggi, mampu dicurah dalam penulisan, moga suatu hari nanti setiap tulisan Maisarah mampu jadi inspirasi, mampu jadi salah satu wasilah untuk sampaikan Islam untuk semua (dan untuk diri sendiri, terutamanya.)

Dan, Maisarah terus terusan menokok tambah rasa rendah diri untuk menyatakan setiap harapan sendiri. Masih kurang keyakinan diri, sebab sedar diri yang masih banyak cela. Apa apa pun, hanya mampu mohon yang terbaik dari Dia. Doakan ya.

No comments:

Post a Comment

Say something