Pernah dulu, senyum dalam penuh duka dan hiba di dada.

Hari ini, Tuhan uji lagi.

Cara yang banyak beda, tapi jiwa yang diduga tetap sama.

Biar dari ujian ini Tuhan ajarkan erti hidup sebenar.

Dengan penuh harap, air mata yang laju tak berhenti ini jadi saksi kuasa Tuhan.

Ujian itu biar jadi peringatan.

Jiwa ini moga bertambah iman.

Ada sesaat aku tersenyum dan mengikut tawa.

Seketika yang lain, air mata ikut mengekspresi hiba.

Jangan lemah dahulu.

Baik baik aja, Tuhan itu pengatur terbaik.



...Wanita pertama dalam hidup saya diuji kali ini dengan sesuatu yang cukup meragut ketenangan anakanda pertamanya, tapi masih dalam pemantauan dan uji kaji pakar kesihatan. Kirimkan doa, ye! Terima kasih :)


......

"Kita lukis gambar buku."

22/12/2014

Usrah terakhir untuk tahun 2014 bersama Kak Aisyah (sebab dah nak balik bercuti di Malaysia; jaga diri Kak Aisyah). Di awal sesi usrah, Kak Aisyah minta semua kami lukis satu objek yang menggambarkan 'apa yang diri mahu di akhir perjalanan tarbiyah'. Buntu sebuntunya. Satu, sebab tak reti melukis. Dua, sebab tak rasa mampu digambarkan dalam lukisan objek. Dan, Maisarah terus mengarut bercerita kisah hidupnya sambil ahli usrah yang lain menyiapkan tugasan yang diberikan.

"Mai, dah lukis belum?"
 Heee, sengih lagi busuk daripada kerang. Hah.

Bismillahirrahmanirrahim. Pegang pen, garis ke bawah, garis ke kanan, turun ke bawah lagi dan dari kiri ke kanan kembali. Jadi sebuah bentuk segi empat. Buat ombak dalam lima baris, nah siaplah lukisan buku hasil seni seorang Maisarah. Tunjuk dekat kawan sebelah, digelaknya lukisanku yang indah itu. Haha. Nasiblah engkau, Mai.

Orang ketiga terpilih untuk membentangkan hasil lukisan. Eh, terlupa nak cerita perkongsian yang lain. Baik, kita simpan pembentangan Maisarah di akhir cerita.

Ukhti 1 : Lukisan dua bekas yang setiap satu mengandungi nila dan minyak. Katanya, kalau dipilih minyak, bila dititis ke dalam bekas air, tak meresap, menjadi eksklusif cuma. Kalau nila, setitik ke dalam air, merebak warnanya ke seluruh bekas. Katanya, mahu menjadi seperti nila, mampu mempengaruhi manusia lain dengan menjadi qudwah (contoh) hasanah (yang baik).

Ukhti 2 : Kuda yang sangat comel seekor. Katanya mahu menjadi proaktif seperti kuda.

Ukhti 3 : Puzzle (dua keping dilukis). Mahu menjadi paling tidak secebis kepingan puzzle biar kecil saiznya tapi mampu menyumbang dalam dakwah dan Islam.

Ukhti 4 : "Great minds think alike." Haha, sebab sama yang dipilihnya, buku. Tapi, alasan berbeza. Jauh berbeza. Kalau ukhti ini, katanya ibarat sebuah buku yang kosong yang kita catat amalan kita dan sampai ke penghujung buku itu, penuh terisi. Dan, boleh jadi segala isi yang tercatat mampu menjadi inspirasi kepada orang lain.

Tak terbayang perasaan sendiri saat tu, kagum. Sebab Tuhan ilhamkan akal dan pendapat yang sangat berlainan untuk setiap dari kami berlima.

Dan Maisarah memilih buku. Sebenarnya, kalau diberi pilihan tak sudi berkongsi dengan ahli usrah, sebab segan. Rasa macam tak layak je nak menceritakan lukisan yang dipilih.

Yang diceritakan ini sama sahaja yang diceritakan kepada ahli usrah.

"Sebab Mai minat writing. So, Mai pilih buku sebab Mai nak jadi orang yang boleh sampaikan Islam melalui writing Mai. Tapi, sejujurnya inferior sangat rasa sekarang ni, sebab ilmu di dada tak mampu dan tak cukup pun nak berkongsi dengan orang lain. Doakan lah Mai mampu suatu hari nanti."

Betul, sangat lah rasa tak layak nak simpan impian menggunung tu. Sebab Maisarah jauh dari seorang yang 'bagus' dan segala yang baik baik. Tak nak jadi 'angan angan Mat Jenin' tapi tak nak juga hasrat hati terkubur. Moga sahaja, suatu hari nanti, ilmu di dada menggunung tinggi, mampu dicurah dalam penulisan, moga suatu hari nanti setiap tulisan Maisarah mampu jadi inspirasi, mampu jadi salah satu wasilah untuk sampaikan Islam untuk semua (dan untuk diri sendiri, terutamanya.)

Dan, Maisarah terus terusan menokok tambah rasa rendah diri untuk menyatakan setiap harapan sendiri. Masih kurang keyakinan diri, sebab sedar diri yang masih banyak cela. Apa apa pun, hanya mampu mohon yang terbaik dari Dia. Doakan ya.

Benci. Manusia yang terus terusan 'Sabar pun ada batasnya', 'Dah lebih limit ni'. 

Mananya tak sakit hati kalau kau sendiri yang letak garis ukuran tu. 

Fikir lah banyak kali, sama jugak kalau siling tu wujud, akan ada sesuatu yang cukup menjangkau yang boleh terhantuk kena siling. Cuba kalau tak wujud siling tu, sampai mati pun tak terhantuk.

Kau set azam, bila capai yang dikejar tu, sakit juga kan? Perit, sebab kau nak sampai ke garisan penamat tu pun berapa gelen air mata, peluh kau dah habiskan.

Mudah kot? Sampai bila nak hidup ber-limit. Buka ruang lagi, kata nak jadi hebat? 


Yang kanan dibelai mesra, Yang kiri disantun manja.

Kasihan yang kiri, selalu dinilai rendah tahap kemuliaannya. Moga sahaja yang kiri tetap tabah. Kerana mulia yang kita mahu, bukan untuk nilaian manusia tu kan? Tenang lah yang kiri, yakin sahaja Tuhan pandang usaha kamu. Biar lah langkah kamu bukan lah laju, langkah kamu nampak tak harmoni kedua dua hayunan kaki ; biar lah di sudut pandang mereka, langkah kamu nampak goyah, mudah aja dihanyut deras badai, longlai dibuai angin monsoon.

Siapa di kanan? Siapa pula di kiri?

Yang kanan, biar lah dia sendiri, lagaknya sudah yakin dengan langkah sendiri. Moga moga langkahnya tak tersungkur, moga Tuhan tetap terus permudahkan jalannya, yuk?

Untuk kamu yang di kiri saya, bukan nilai keduniaan yang meletakkan kamu di kiri. Letaknya di kiri moga kamu tahu, kamu masih punya tempat, tetap sahaja di samping saya. Jarak kamu di kiri sama juga jarak dia yang di kanan saya. Yang nampak di pandang mata cuma arahnya sahaja. Pandangan manusia jangan kita hina, nama sahaja manusia kan? Pasti ada celanya, kita pun sama sahaja, banyak benar aib yang Tuhan tolong lindungkan. Baiknya Tuhan. Baik juga kamu yang di kiri, sebab masih terus melangkah. Paling kurang untuk tetap di sisi saya, bukan? Di kiri bukan bermakna tak disanjung, cuma ada yang di kanan perlu saya dahulukan. Tetap di situ ya? Jangan beralih dulu. Nanti langkah kamu dah semakin ke hadapan dan kemas, saya anjakkan kamu ke kanan pula. Biar terlebih cinta.

Tak jauh pun kamu di kiri, cuma yang di kanan ni lebih mudah didekati ; andai yang kanan ini jauh jarak fizikalnya pun, dek kerana hati dah terlebih cinta, yang jarak satu batu pun dekat sahaja dirasa.


Kosong. Orang kata 'plain' reading. Aku rasa lah. Baca dua kali macam tak memberi makna apa pada aku sendiri, tapi aku mahu tahu apa makna yang aku tulis ni. Kalau sekali baca, ada perasaan yang cuba menyelit jiwa anda, kongsikan lah. Gaya bahasa bukanlah sulit pun, tapi tak mengerti tulisan sendiri. Sekadar saja saja, konon cubaan jadi gaya tulisan 'deep', tapi macam gagal lagi. Ketawa lah. Sejujurnya diri ini dibuai keindahan malam yang kurang cahaya kerajinan untuk menelaah. Moga sahaja aku dan seperjuangan dipermudah urusan hari mendatang. Nak jadi duktur manusia, bukan duktur alam maya cuma. Selamat!