Tetamu Ramadan :)

"Ramadan kamu bagaimana?"

"Alhamdulillah, Tuhan bagi peluang puasa penuh setakat ni, dah 26 hari belum berlubang tahun ni. Moga moga dapat habiskan 30 hari. Dah lama tak begini. Terharu."

"Cemburu. Aku sendiri dah bertahun tak dapat peluang puasa penuh. Tarawikh pun memang tak cukup 30 malam."

Diam seketika. Tiba tiba terdengar sendu daripada Balqis.

"Eh, kenapa kau nangis ni?"

"Aku rasa berdosa sangat. Rasa macam teruknya diri aku ni. I hate myself!"

"Kenapa ni, kenapa? Aku tersalah cakap ke?"

"Tak. Sikit pun kau tak salah. Sebenarnya aku. Hmm, mungkin lah Tuhan bagi aku peluang puasa penuh. Tak datang uzu syar'ei. Tapi sebenarnya amal aku yang lain, lompang. Kau tahu, Quran 30 juzuk pun aku tak mampu khatamkan. Tarawikh aku? Hmm, sama banyak je berlubang macam kalau uzur pun. Teruk kan aku? Aku sedih lah Sya, aku sedih dengan diri sendiri."

"Balqis, aku faham perasaan kau. Aku tahu kau bagaimana. Serupa lah kita. Kan kawan baik? Aku pun lebih kurang je. Tapi kan. Kau sedar tak sesuatu?"

"Apa?"

"Kau patut bertambah bersyukur sebab Allah bagi kau sedar semua ni sekarang. Sekurang kurangnya dalam hati kau ada rasa insaf, ada rasa menyesal dengan segala salah silap kau. Kau tak terus leka, kau tak terus bergembira tanpa sedar cacat cela sendiri. Allah bagi kau perasaan sesal dan insaf tu pun dah satu nikmat, kau tahu? Kau guna lah berbaki lagi beberapa hari ni untuk gandakan amal kau. Tambah pula, dah malam malam terakhir Ramadan ni. Pintu taubat terbuka luas, Balqis. Kau bangun qiam kan?"

"Err, perlu ke aku bagitau amal aku? Nanti riya' pulak."

"Haha. Tak payah bagitau pun. Aku usha kau tiap hari, aku tahu apa kau buat. Psycho kan aku?"

"Weh, stalker! Haha. Hmm kenapa pun kalau aku bangun atau tak?"

"Oh, takde lah. Kalau kau qiam berterusan, alhamdulillah lah. Sekurang kurangnya kau ada usaha untuk top up balik amal yang tertinggal. Biar perlahan Balqis, janji ada sikit usaha. Allah tu Maha Melihat, Dia tahu usaha dan jihad hamba Dia. Teruskan lah segala kebaikan yang buat sekarang. Moga kau ditemukan dengan lailatul qadar tu. Aminnnn."

Makin sendu Balqis dibuatnya. Laju mengalir air mata, hening seketika. Masing masing memandang hadapan, jauh memikir nasib sendiri.

"Sya, I seriously have no words for this. Just, thank you so much. Doakan aku, aku taknak jadi hamba Dia yang sia sia. Aku taknak jadi hamba Dia yang tercela. Kau pun sama, moga kita sama sama dikurniakan ganjaran lailatul qadar tu."

Dan, Balqis dan Syahirah berpelukan erat, bagai lama tidak bersua, tanpa menunjukkan tanda tanda untuk terlerai.

****************************************************************************** 

Cerita di atas rekaan semata mata. Untuk aku sedarkan diri sendiri juga. Sebab aku, sesungguhnya iman senipis kulit bawang. Betapa mudahnya aku terleka, betapa lalainya aku sentiasa. Ramadan tahun ni dah menghampiri penghujung. Saban tahun, setiap Ramadan aku pasti ada cerita. Duka, gembira, semua lah. Setiap tahun juga aku belajar benda baru. Untuk tahun ini, sepanjang bulan ini, yang paling menyentuh hati aku ialah petikan hadis Rasulullah (SAW) tentang celakanya hamba yang keluar dari madrasah Ramadan tanpa dosanya diampunkan Tuhan. Allahu, sekali kali tidak untuk aku menjadi hamba yang tercela. Moga berbaki lagi beberapa hari mampu aku kuat gandakan usaha untuk syurga Dia, untuk keampunan Dia. Sungguh, Ramadan kali ini penuh syahdu, pelbagai cerita, aneka kisah menyayat hati. Kerana Dia lebih tahu, moga moga susah payah jerih perih suka duka kita tak sia sia, moga sahaja Dia sudi mengampunkan dosa bertimbun. 

Faghfirlana Ya Allah. Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa' fuanna. 

Ramadan Kareem, Allahu Akram. 

Moga berjumpa lagi, Ramadan. 

No comments:

Post a Comment

Say something