Pernah dulu, senyum dalam penuh duka dan hiba di dada.

Hari ini, Tuhan uji lagi.

Cara yang banyak beda, tapi jiwa yang diduga tetap sama.

Biar dari ujian ini Tuhan ajarkan erti hidup sebenar.

Dengan penuh harap, air mata yang laju tak berhenti ini jadi saksi kuasa Tuhan.

Ujian itu biar jadi peringatan.

Jiwa ini moga bertambah iman.

Ada sesaat aku tersenyum dan mengikut tawa.

Seketika yang lain, air mata ikut mengekspresi hiba.

Jangan lemah dahulu.

Baik baik aja, Tuhan itu pengatur terbaik.



...Wanita pertama dalam hidup saya diuji kali ini dengan sesuatu yang cukup meragut ketenangan anakanda pertamanya, tapi masih dalam pemantauan dan uji kaji pakar kesihatan. Kirimkan doa, ye! Terima kasih :)


......

"Kita lukis gambar buku."

22/12/2014

Usrah terakhir untuk tahun 2014 bersama Kak Aisyah (sebab dah nak balik bercuti di Malaysia; jaga diri Kak Aisyah). Di awal sesi usrah, Kak Aisyah minta semua kami lukis satu objek yang menggambarkan 'apa yang diri mahu di akhir perjalanan tarbiyah'. Buntu sebuntunya. Satu, sebab tak reti melukis. Dua, sebab tak rasa mampu digambarkan dalam lukisan objek. Dan, Maisarah terus mengarut bercerita kisah hidupnya sambil ahli usrah yang lain menyiapkan tugasan yang diberikan.

"Mai, dah lukis belum?"
 Heee, sengih lagi busuk daripada kerang. Hah.

Bismillahirrahmanirrahim. Pegang pen, garis ke bawah, garis ke kanan, turun ke bawah lagi dan dari kiri ke kanan kembali. Jadi sebuah bentuk segi empat. Buat ombak dalam lima baris, nah siaplah lukisan buku hasil seni seorang Maisarah. Tunjuk dekat kawan sebelah, digelaknya lukisanku yang indah itu. Haha. Nasiblah engkau, Mai.

Orang ketiga terpilih untuk membentangkan hasil lukisan. Eh, terlupa nak cerita perkongsian yang lain. Baik, kita simpan pembentangan Maisarah di akhir cerita.

Ukhti 1 : Lukisan dua bekas yang setiap satu mengandungi nila dan minyak. Katanya, kalau dipilih minyak, bila dititis ke dalam bekas air, tak meresap, menjadi eksklusif cuma. Kalau nila, setitik ke dalam air, merebak warnanya ke seluruh bekas. Katanya, mahu menjadi seperti nila, mampu mempengaruhi manusia lain dengan menjadi qudwah (contoh) hasanah (yang baik).

Ukhti 2 : Kuda yang sangat comel seekor. Katanya mahu menjadi proaktif seperti kuda.

Ukhti 3 : Puzzle (dua keping dilukis). Mahu menjadi paling tidak secebis kepingan puzzle biar kecil saiznya tapi mampu menyumbang dalam dakwah dan Islam.

Ukhti 4 : "Great minds think alike." Haha, sebab sama yang dipilihnya, buku. Tapi, alasan berbeza. Jauh berbeza. Kalau ukhti ini, katanya ibarat sebuah buku yang kosong yang kita catat amalan kita dan sampai ke penghujung buku itu, penuh terisi. Dan, boleh jadi segala isi yang tercatat mampu menjadi inspirasi kepada orang lain.

Tak terbayang perasaan sendiri saat tu, kagum. Sebab Tuhan ilhamkan akal dan pendapat yang sangat berlainan untuk setiap dari kami berlima.

Dan Maisarah memilih buku. Sebenarnya, kalau diberi pilihan tak sudi berkongsi dengan ahli usrah, sebab segan. Rasa macam tak layak je nak menceritakan lukisan yang dipilih.

Yang diceritakan ini sama sahaja yang diceritakan kepada ahli usrah.

"Sebab Mai minat writing. So, Mai pilih buku sebab Mai nak jadi orang yang boleh sampaikan Islam melalui writing Mai. Tapi, sejujurnya inferior sangat rasa sekarang ni, sebab ilmu di dada tak mampu dan tak cukup pun nak berkongsi dengan orang lain. Doakan lah Mai mampu suatu hari nanti."

Betul, sangat lah rasa tak layak nak simpan impian menggunung tu. Sebab Maisarah jauh dari seorang yang 'bagus' dan segala yang baik baik. Tak nak jadi 'angan angan Mat Jenin' tapi tak nak juga hasrat hati terkubur. Moga sahaja, suatu hari nanti, ilmu di dada menggunung tinggi, mampu dicurah dalam penulisan, moga suatu hari nanti setiap tulisan Maisarah mampu jadi inspirasi, mampu jadi salah satu wasilah untuk sampaikan Islam untuk semua (dan untuk diri sendiri, terutamanya.)

Dan, Maisarah terus terusan menokok tambah rasa rendah diri untuk menyatakan setiap harapan sendiri. Masih kurang keyakinan diri, sebab sedar diri yang masih banyak cela. Apa apa pun, hanya mampu mohon yang terbaik dari Dia. Doakan ya.

Benci. Manusia yang terus terusan 'Sabar pun ada batasnya', 'Dah lebih limit ni'. 

Mananya tak sakit hati kalau kau sendiri yang letak garis ukuran tu. 

Fikir lah banyak kali, sama jugak kalau siling tu wujud, akan ada sesuatu yang cukup menjangkau yang boleh terhantuk kena siling. Cuba kalau tak wujud siling tu, sampai mati pun tak terhantuk.

Kau set azam, bila capai yang dikejar tu, sakit juga kan? Perit, sebab kau nak sampai ke garisan penamat tu pun berapa gelen air mata, peluh kau dah habiskan.

Mudah kot? Sampai bila nak hidup ber-limit. Buka ruang lagi, kata nak jadi hebat? 


Yang kanan dibelai mesra, Yang kiri disantun manja.

Kasihan yang kiri, selalu dinilai rendah tahap kemuliaannya. Moga sahaja yang kiri tetap tabah. Kerana mulia yang kita mahu, bukan untuk nilaian manusia tu kan? Tenang lah yang kiri, yakin sahaja Tuhan pandang usaha kamu. Biar lah langkah kamu bukan lah laju, langkah kamu nampak tak harmoni kedua dua hayunan kaki ; biar lah di sudut pandang mereka, langkah kamu nampak goyah, mudah aja dihanyut deras badai, longlai dibuai angin monsoon.

Siapa di kanan? Siapa pula di kiri?

Yang kanan, biar lah dia sendiri, lagaknya sudah yakin dengan langkah sendiri. Moga moga langkahnya tak tersungkur, moga Tuhan tetap terus permudahkan jalannya, yuk?

Untuk kamu yang di kiri saya, bukan nilai keduniaan yang meletakkan kamu di kiri. Letaknya di kiri moga kamu tahu, kamu masih punya tempat, tetap sahaja di samping saya. Jarak kamu di kiri sama juga jarak dia yang di kanan saya. Yang nampak di pandang mata cuma arahnya sahaja. Pandangan manusia jangan kita hina, nama sahaja manusia kan? Pasti ada celanya, kita pun sama sahaja, banyak benar aib yang Tuhan tolong lindungkan. Baiknya Tuhan. Baik juga kamu yang di kiri, sebab masih terus melangkah. Paling kurang untuk tetap di sisi saya, bukan? Di kiri bukan bermakna tak disanjung, cuma ada yang di kanan perlu saya dahulukan. Tetap di situ ya? Jangan beralih dulu. Nanti langkah kamu dah semakin ke hadapan dan kemas, saya anjakkan kamu ke kanan pula. Biar terlebih cinta.

Tak jauh pun kamu di kiri, cuma yang di kanan ni lebih mudah didekati ; andai yang kanan ini jauh jarak fizikalnya pun, dek kerana hati dah terlebih cinta, yang jarak satu batu pun dekat sahaja dirasa.


Kosong. Orang kata 'plain' reading. Aku rasa lah. Baca dua kali macam tak memberi makna apa pada aku sendiri, tapi aku mahu tahu apa makna yang aku tulis ni. Kalau sekali baca, ada perasaan yang cuba menyelit jiwa anda, kongsikan lah. Gaya bahasa bukanlah sulit pun, tapi tak mengerti tulisan sendiri. Sekadar saja saja, konon cubaan jadi gaya tulisan 'deep', tapi macam gagal lagi. Ketawa lah. Sejujurnya diri ini dibuai keindahan malam yang kurang cahaya kerajinan untuk menelaah. Moga sahaja aku dan seperjuangan dipermudah urusan hari mendatang. Nak jadi duktur manusia, bukan duktur alam maya cuma. Selamat!


"Dik, sihat?"

(Maaf, tajuk post kali ni hampir serupa blog post APG. Haha, maaf tapi tak berniat pun.)

Tanpa sedar, nikmat sihat ni pun tak mampu kita syukuri. Bukan tak mampu, tapi diri sendiri yang tak memampukan diri untuk mengucap syukur. Sebab bila ada satu saat nikmat sihat itu ditarik, baru tercari cari punca, baru terhegeh menghitung nikmat. Tipikal manusia, nama pun pelupa. Istighfar lah, sebab masih ada peluang. Yang dikongsi seorang yang dihormati peribadinya ;

"Menyucikan hati itu antara yang mulia di pandangan Tuhan. Sebab memang pasti manusia takkan mencapai tahap hati sesuci saat dilahirkan. Teruskan lah beramal yang menyuci hati, sebab Tuhan suka."

Rasa nak berkongsi pengalaman (skemanya) sakit yang paling berat setakat ni. Pengalaman pertama being warded (di hospital kerajaan). Sebab diri ni jenis yang tak mudah jatuh sakit, maka sekali jatuh sakit tu agak teruk yang dialami. Bermula dengan demam, nausea and vomiting, continuous headache, dry mouth and lost appetite. Mungkin demam biasa, sebab musim yang disalahkan. Tapi headache (atau migraine) memang dah biasa alami, sebab tu diambil keputusan untuk abaikan sahaja. Hampir seminggu demam yang pasang surut, masih tidak berkeputusan untuk ke klinik untuk any drug prescription. Dan akhirnya atas nasihat Ummi, tekadkan juga ikut Abah untuk check up. Pagi hari yang dah diputuskan untuk ke klinik, rashes (small pink dots) started to appear seluruh tubuh. And, I started feeling weird but at that moment, the fever was almost relieved (no more high body temperature and nausea except some headache). So, I followed Abah to the nearest clinic. Sadly, sampai je klinik doctor asked some questions (history taking) and I told her about the rashes throughout my body and she started to scold me. Hahaha. Why? Because I came over too late, and I was suspected having dengue fever. Without any further check up and without any drug prescription, she wrote an official reference letter to the emergency department in the hospital. She asked me to go for further checkup there as soon as possible.

Abah and Ummi was too worried so the whole family accompanied me to the hospital. Hospital kerajaan, so the queue was quite long. The rashes were quite disturbing, to be honest. So, after the blood test (complete blood count), the doctor finally decided to get me warded and we was like whattttt!!! Because I was feeling completely fine, so I asked for excuse. Yes, obviously I had already recovered from fever so what's the point of me being warded. But the doctor said, the most worried period of dengue fever is when the fever has stopped. Like it or not, I had to follow the rules. And yes, for the first time in my life, I was admitted. Sedih sebenarnya (tapi ada sedikit rasa excited sebab nak jugak rasa pengalaman masuk ward, aherher). And Abah tried to request for private room but sadly they said they're all full. Musim orang sakit agaknya.

That was already almost Maghrib time and Ummi Abah went back for dinner and baths etc. And they promised to come back after Isyak. At that time, I almost cried sebab kena tinggal (haha padahal for few hours je pun). Sedih, sebab I was placed in a bed yang dekat ward ramai orang, so since I'm not really a friendly person, susahlah nak hidup seorang diri sepanjang malam. Sedih kot tidur sorang sorang dekat tempat yang tak biasa. Dan alhamdulillah, Ummi decided to teman tidur for the whole night. That was teary jugak sebab hospital tu dah takde empty bed untuk Ummi tidur, so Ummi said she's fine to sleep on the chair by my side. Awww, wasn't that sweet :') Jujurlah, bukan senang nak berkorban macam tu. If that was me belum tentu aku sanggup stay up all night teman someone tidur sedangkan boleh je balik rumah tidur atas katil empuk dengan aircond yang mendamaikan. Alahai Ummi sayang. Hospital was quite panas, and sebab dengue I had to sleep with kelambu (feel so like a baby).

Sebab I can walk on my own and sihat totally so okay je nak pegi toilet and solat. To be honest, seriously boleh kira lah berapa orang je dalam ward yang besar tu yang pergi solat. Hmm, mungkin boleh cuba untuk bersangka baik, diorang semua dalam musim tak boleh solat (menstrual). Wallahua'lam. Tapi terdetik juga rasa sedih tu sebab tak boleh imagine kalau ramai patients yang memang betul mampu solat tapi abaikan je solat tu. But I didn't know how they feel, mungkin diorang tak mampu pun nak bangun and perform solat perfectly, mungkin diorang solat on the bed, dan segala kemungkinan lah. Aku pun, bernasib baik sebab sihat dan boleh bergerak sendiri. Nasib baik juga Ummi teman dekat hospital, takde lah terlepas waktu Subuh.

Dan secara overall nya, memang sangat menyeksakan terpaksa bermalam di hospital ni. Yang tak sakit macam aku pun boleh terasa sakit dan lemah semangat. Phlebotomy untuk kali ke berapa entah, redha je lah darah ni diambil banyak kali dan dicucuk tangan ni dimasukkan IV normal saline (3 bottles of normal saline being injected into my body for about 20 hours). Alhamdulillah, the next day doctor decided to discharge me yeay! Tu pun sebab on request jugak (plus, hospital kena admit ramai lagi patients).

Sebenarnya ada juga cerita pasal doctors that had treated me sepenjang sehari being warded, but maybe next time.

So, be grateful and take great care of your own self. Don't take it for granted. May God bless you.

I have to say this to myself almost every time now :

"Mai, you entered medical school like two years ago, you can't quit now, you must end it with pride, gracefully. Okay?"

Because I got demotivated so easily. There are too many silly things I tend to think lately. All those whys and hows and ifs *sighed*. Stay strong, stay strong dear self.


CURIOSITY KILLS 'THE SOUL'

Bismillah and Alhamdulillah.

Satu hari tu terjumpa quote ni ; "Tidak akan beroleh kemanisan akhirat bagi yang suka dikenali manusia" by Bishr ibn al-Harith. Wallahualam, tak pasti kewujudan sebenar kata kata ni sebab (maafkan saya) saya sendiri pun tak mengenali tokoh yang dikatakan melafazkan kata kata ini. Tapi, bila difikir ada benarnya. Manusia yang suka dikenali mausia lain boleh dikatakan golongan yang terlalu mengejar dunia. Iya lah, untuk apa lagi dikenali melainkan untuk dibangga dengan kebolehan diri sendiri yang sebenarnya pinjaman cuma. Wallahualam, astaghfirullah.

Takut juga bila terlalu 'mengexpose' peribadi di laman sosial boleh merosakkan dan menggelapkan hati. Sudah pasti lah, andai diselit bersama rasa riak ujub dan takbur. Tapi, kita cuba bersangka baik. Ada manusia cuba menzahirkan beberapa peribadi yang dengan harapan boleh membina 'trust' dan mengeratkan silaturrahim sebab adanya pepatah, 'Tak kenal maka tak cinta.' Dan, atas alasan itu juga, post saya kali ni bakal berkisarkan tentang saya. Sekurang kurangnya saya tahu, yang membaca ini juga orang di sekeliling saya, rakan rakan dan keluarga yang akan saya hidup bersama (anda) untuk masa yang lebih lama. Maka, kenali lah saya supaya ukhwah yang bakal terbina bakal menjadi lebih baik inshaAllah.

20 facts (that you might have not know) about Maisarah :

1. Dislike cats very very much. Sebab? Takut (prime reason) dan geli. Memang tak boleh sejak dulu kini dan selamanya. Memang tak boleh tengok langsung, tak pernah rasa kucing tu comel (sad truth, I know)

2. Never had intention to further doing medicine since forever. Instead, pernah persoalkan best friends yang beriya riya nak ambik medic. But God knows better, so here I am currently doing MBBS for third year. Haha the irony.

3. Very choosy when it comes to TOILETS. Memilih untuk stay menggunakan tandas yang sama bila dah selesa buat pertama kali. Tak pandang toilet lain, biasanya sanggup je tunggu orang guna toilet favourite walaupun toilet lain ada kosong (same goes to bathroom untuk shower).

4. Never been a creative person. Sedihnya tangan kayu, lukis orang lidi pun fail. So, my notes are all basically words (written by blue and black inks only).

5. Honestly, I can't keep everything by myself. Suka sangat ter-bercerita dekat seseorang pasal semua lah, perasaan atau apa yang berlaku dalam hidup seharian. Sampai ada juga masa terasa menyesal kenapa perlu share pada orang lain since sometimes things are better to be kept secret. Hmm.

6. I eat almost everything, seriously ask me whatever nama food, boleh je makan. My bad, suka hati ayam pedal ayam urgh so sedap. Not a choosy lah bila cakap pasal makanan. But I always prefer super spicy foods (I eat raw chili btw nyum nyum)

7. Telinga sensitif kepada bunyi pembaziran air. Boleh sampai datang rasa stress sangat kalau bunyi water tapping yang tak ditutup rapat. Biasa lah jugak kena re-tutup kemas kemas paip air lepas orang lain guna.

8. Tak suka pembaziran apa pun especially foods. Pinggan biasanya licin selicinnya walaupun dah kenyang even boleh habiskan food orang lain (even ratah ayam ikan orang lain punya) sebab sayang makanan tak habis (walaupun dah kenyang okay) so yeah, fat me.

9. Never love being in the kitchen. Tak suka benda memasak masak. Hmm, basically tak suka dan tak reti memasak lah of course.

10. I'm proud to call myself a biblophile. I have great affection towards books. Since small lah boleh dikatakan, even takde lah sampai tahap beratus collection buku atau banyak gila dah baca buku. No, I don't read everyday. Tapi suka gila novels (yeah, mostly novels lah yang dibaca) so takde lah berilmu sangat walau suka membaca haha sebab bukan baca non fiction.

11. I don't know how to socialize with the elderly(s) and children. I would turn out as someone very shy when I'm around these people. Biasa jugak orang misjudge myself as sombong so hmm sorry for that.

12. But I totally love gatheringssss but only with those who are my age. I can be very talkative whenever I'm around people who I feel comfort to be with, I'm being myself lah basically (like, who doesn't?). Tapi itu lah one of my weakness, tak reti nak mingle dgn orang lagi tua atau muda, tapi boleh sangat selesa hanya dengan yang sebaya.

13. I don't really adore or admire artists, singer, actors but One Direction is totally exceptional. But I'm not to the level yang pergi concert or spend too much on their merchandise but I do have one charm bracelet with their faces and signatures on it and a 1D tshirt. Heeeee.

14. I don't come from rich family but alhamdulillah, so far we afford to have things what we need. My parents are both teachers (Abah is an English lecturer while Ummi is a Math teacher). I think that's why I used to love teaching (haha note that 'used to'). I still keep my childhood ambition till now which is to be a lecturer. InshaAllah, one fine day.

15. I love Doraemon and Ummi said that's because she loves Doraemon too, since she was a youngster (maybe the gene). I have one Doraemon soft toy (my youngest sister gave me), one tabung duit berbentuk Doraemon (Jaslinda gave me secara tiba tiba) and one selipar rumah (bentuk Doraemon lah) which I wear during winter time (Farisha gave me on my 19th birthday). Since I was small, memang selalu tengok Doraemon and baca komik tapi to be honest, tak ingat sangat cerita dia macam mana.

16. My very first time of people calling me Doraemon was the first time I wore prefects attire during my Form 4. Haha, maybe because it's blue in colour and I got round face (sigh) and one more thing paling sedih my friends said because from back nampak macam takde leher so yeah, jadi lah Doraemon dan gelaran tu kekal sampai sekarang. Orang baru jumpa pun boleh tetiba call me Doraemon. But they got some innovations lah, ada start calling me MaiMon, MonMon hmm tapi relaks, I'm fine with that no hal lah :)

17.  I easily fall in love (no, bukan jatuh cinta eh). Senang jugak lah sayang orang. Sebab suka je make friends, so bila dah start one or two conversations, dah boleh jadi kawan and sayang je lah orang tu. Kalau zaman sekolah lagi lah, suka sangat cakap 'I love you' dekat orang haha parah ni. Tapi, aku tak cakap that magic phrase without I really mean it, so appreciate it ye hihi.

18. Never a good or warak person. Typical reason, sebab bukan budak sekolah agama dari kecik. So memang tak banyak ilmu agama fiqh sirah semua. Tapi sedang mencuba lah buat apa Tuhan suruh. Sedang cuba okay, so nak cakap I'm pro-usrah (haha mainstream tak?). Sebab join usrah; senang lagha kalau sorang diri je harap nak tuntut ilmu, so kena ada orang bagi muhasabah selalu. Nanti kahwin ada suami, so takpe lah boleh harapkan suami pulak *kot* hahahaha.

19. I don't favor doing tasks orang paksa. Let me do things I love to. Lebih kurang, kalau aku nak buat, aku buat. Jangan paksa please. Tapi kadang buat je kalau memang dah kerja. Tapi selalunya jadi extra rajin kalau orang tak suruh, bila disuruh kurang sikit ikhlasnya. Sorry not sorry.

20. I love to read, write and talk (more to sembang bercerita). That's why I tweet a lot and I have blog (since sekolah menengah) and I kerap juga update status on Facebook. I love expressing feelings (boleh ke gitu? haha ye kot).


So yeah, basically all these 20 facts are what I really want others to know so they got to understand me better. Bukan nak dikenali, tapi nak difahami. InshaAllah.

#5

(Early warning. This post is a bit an emotional, personal rant; not going to benefit people like YOU)

Because there's so much things in my head i feel like it's gonna explode soon. But no, it won't cause i'm not ready to lose my mind, so i won't let it happen (for the time being at least). I will stand still. To keep thinking, to keep moving on just the way I wanted it to happen.

There will be moment when you can't think of anything good but one thing -- thing you've been wondering since long time ago and now it comes again. bothering you.

Sebab sentiasa rasa nak gembirakan semua orang. Rasa nak bagi semua orang rasa dihargai, disayangi. I know that feeling bila kadang rasa macam 'Oh, aku dah tak dihargai pun ke.' So yeah, I don't wanna let people around me to ever feel that way.

(Paused cause I don't exactly know what I wanted to tell from the start -.- )

'Come fly with me, into a fantasy'

Verse ni macam bagi suatu cahaya, suatu harapan. Yang ada lagi 'life' yang lebih baik from apa yang we already have right now. Fantasy seems to be 'something' or 'a place' or 'a timezone' where we can be and do whoever whatever we wish to.

Because I used to be someone who speak-ed out everything I wanted. Luah segala perasaan. Oh, I still am pun (kot). Tapi sekarang kena fikir. Betul ke apa yang aku nak cakap atau cerita? Won't it annoy the persons I look up? Sebab aku hidup dengan bercerita apa yang aku rasa, sebab aku hidup dengan berterus terang. Dan membesar -- aku belajar aku tak boleh cerita semua benda. Bukan setiap yang aku rasa perlu aku cerita pada orang. Tapi tapi, percayalah susah untuk aku buat begitu -- tidak bercerita, diam memendam rasa. Even kalau rasa sedih pun nak bagitau. No, my definition of 'bercerita' is not directly saying what I feel. Cumanya macam sekarang, aku hanya rasa nak terus menaip papan keyboard ni tanpa arah tuju, hanya sebab ada perasaan kurang senang dalam diri. They call me an avid 'twitter', yeah I deny not. Because that's exactly how I always wanted to be. Not to let others know my life inside out, honestly not. Cuma, by doing that I feel better. K, I know that cliche' verse 'Sedih hati cerita je lah dekat Tuhan'. Aku tahu lah, tapi tak salah kot kalau aku express my feelings in words. Should I even care what others think of me by what I did? Persetankan. Moga moga saja lah bukan yang menyesatkan yang aku express kan. Sebab aku pun masih tahu batas agama, moga tak tersasar lagi. Call me keras kepala person, and again I never deny this. I'll do what I want, and I won't make an effort on things I dislike.

Tapi. sentiasa ada masa. Bila aku hampir 'terlalu ke hadapan', ada suara yang retract aku -- suruh aku berfikir dan hentikan langkah aku untuk bertahan di tempat asal sedikit masa lagi. Dan, aku memang kekal kaku. Jasad bergerak tapi jiwa tak mampu buat apa pun. Sebab ada suara yang kata, 'Kau tunggu dan perhati dulu. Kalau memang nak jadi, jadi jugak benda tu.' Tapi, sampai bila nak tunggu untuk 'terlalu ke hadapan' tu? Bukankah kalau aku tak mulakan langkah, memang takkan terlangkah pun? Macam mana aku nak ubah benda yang aku langsung tak confront? Seems legit. Tapi, biar lah. Aku dengar kata manusia yang menyayangi aku.

Moga saja kalau aku bertahan, mampu juga aku sampai sana di akhirnya. Walaupun tipis harapan, mungkin 0.01 peratus. 'Tuhan kan ada, Tuhan kan tahu, Tuhan kan perancang terbaik.' Terus lah aku membina iman terhadap Tuhan.

Apa lah yang aku tulis.

Biasalah, gadis bawah umur. Moga Tuhan jaga kau, setiap saat.

Favourite tweet aku malam ni, "sebab sayang gila nak mampus tak boleh move on *sumpah lacrimal gland bocor malam ni"

Yang aku tweet pukul 12 am 27 Ogos 2-14.




Feelings

I got to think for hundred times before I finally decided to write this post. I don't know, but somehow I think it's immature to post about feelings on social media (twitter is exceptional). I'm sorry tho if this post is going to annoy you or whatever because I just feel like writing what I currently feel.

Growing up is totally not an easy thing to deal with. Growing up means you will have weird feelings most of the time, where you will start having crushes, favourite persons from different genders. I don't know others, but in some ways I feel uneasy to have these kind of feelings. It does disturb me sometimes. But they said, we are all grown up, those are common things to experience. Oh wait, why am I saying these things? Urgh, I even get annoyed with myself.

I'm not saying it's a sin to have feelings and so. But we have to deal with it professionally. Don't let your feelings ruin your life. There's a lot of people out there do silly stupid immoral things for the sake of love or whatever feelings (even hatred is a feeling, no?). Can't they think wisely? And some people say, you will get blinded by love. Oh how funny that is. You blinded yourself! Do it right, there's no such rule as you have to follow and do whatever you think you want for you to get love. You get me? I don't know how should I explain this in a good way to make it understandable. My bad, I'm sorry.

When it comes to love, yes I have to agree. I'm such a girl with a loving heart (okay I have to laugh HAHA), no what I mean is that I can easily fall for people around me. I mean, I just love anyone no matter who he/she is, how long I know that person. And I found no reason for not loving people you claim as friends, family or whatever you call them. There are even few people start claiming myself as weird for me to easily say 'I love you' or 'I like you' to anyone. Come on, there's no wrong doing so, right? I lovveee telling people how much I love them so that they know there are people who love them. Yea, because I need that kind of confession too. There will be times when you feel very bad and the world seems keep tumbling down, then there comes someone telling you they love you. Isn't that sweet? Haha. So, I really hope you won't feel bad if I'm such a freak for keep saying 'I love you I like you' or so at someone. But I don't really practice that now, not like when I was in high school back then haha. It's weird for people to always get misunderstood when it comes to different-gender-friendship-loves. Everyone should be more open minded. Does it have to be couple-love for a girl saying I love you or I like you at a boy? Nah, I always believe in friendship-love. And as for me, it's totally fine to say the 'love phrase' even to your different gender best friend. But yes, I have to agree not everyone thinks like the way I do. So I should have not do what people don't. Sorry, our world is a total different.

Another thing to talk about feelings. There will also times when you feel uncertain with what you feel. You are not certain whether you are feeling right or what. That's why, you have to turn to Lord, ask guidance from Him cause He always knows what's good or what's bad for us.

Thank you for reading. I'm open for advises.

Into A Fantasy


I have a dream you are there
High above the clouds somewhere
Rain is falling from the sky
But it never touches you
You're way up high
No more worries, no more fears
You have made them disappear
Sadness try to steal the show
But now it feels like many years ago
And I'll, I will be with you every step
Tonight, I found a friend in you
And I keep you close forever
Come fly with me
Into a fantasy, where you can be
Who ever you want to be
Come fly with me
We can fly all day long
Show me the world, sing me a song
Tell me what the future holds
You and me will cave it all in gold.


Official soundtrack for 'How To Train Your Dragon 2'. I love the lyrics so much I can't stop myself from keep singing the song. The lyrics say it all.






Tetamu Ramadan :)

"Ramadan kamu bagaimana?"

"Alhamdulillah, Tuhan bagi peluang puasa penuh setakat ni, dah 26 hari belum berlubang tahun ni. Moga moga dapat habiskan 30 hari. Dah lama tak begini. Terharu."

"Cemburu. Aku sendiri dah bertahun tak dapat peluang puasa penuh. Tarawikh pun memang tak cukup 30 malam."

Diam seketika. Tiba tiba terdengar sendu daripada Balqis.

"Eh, kenapa kau nangis ni?"

"Aku rasa berdosa sangat. Rasa macam teruknya diri aku ni. I hate myself!"

"Kenapa ni, kenapa? Aku tersalah cakap ke?"

"Tak. Sikit pun kau tak salah. Sebenarnya aku. Hmm, mungkin lah Tuhan bagi aku peluang puasa penuh. Tak datang uzu syar'ei. Tapi sebenarnya amal aku yang lain, lompang. Kau tahu, Quran 30 juzuk pun aku tak mampu khatamkan. Tarawikh aku? Hmm, sama banyak je berlubang macam kalau uzur pun. Teruk kan aku? Aku sedih lah Sya, aku sedih dengan diri sendiri."

"Balqis, aku faham perasaan kau. Aku tahu kau bagaimana. Serupa lah kita. Kan kawan baik? Aku pun lebih kurang je. Tapi kan. Kau sedar tak sesuatu?"

"Apa?"

"Kau patut bertambah bersyukur sebab Allah bagi kau sedar semua ni sekarang. Sekurang kurangnya dalam hati kau ada rasa insaf, ada rasa menyesal dengan segala salah silap kau. Kau tak terus leka, kau tak terus bergembira tanpa sedar cacat cela sendiri. Allah bagi kau perasaan sesal dan insaf tu pun dah satu nikmat, kau tahu? Kau guna lah berbaki lagi beberapa hari ni untuk gandakan amal kau. Tambah pula, dah malam malam terakhir Ramadan ni. Pintu taubat terbuka luas, Balqis. Kau bangun qiam kan?"

"Err, perlu ke aku bagitau amal aku? Nanti riya' pulak."

"Haha. Tak payah bagitau pun. Aku usha kau tiap hari, aku tahu apa kau buat. Psycho kan aku?"

"Weh, stalker! Haha. Hmm kenapa pun kalau aku bangun atau tak?"

"Oh, takde lah. Kalau kau qiam berterusan, alhamdulillah lah. Sekurang kurangnya kau ada usaha untuk top up balik amal yang tertinggal. Biar perlahan Balqis, janji ada sikit usaha. Allah tu Maha Melihat, Dia tahu usaha dan jihad hamba Dia. Teruskan lah segala kebaikan yang buat sekarang. Moga kau ditemukan dengan lailatul qadar tu. Aminnnn."

Makin sendu Balqis dibuatnya. Laju mengalir air mata, hening seketika. Masing masing memandang hadapan, jauh memikir nasib sendiri.

"Sya, I seriously have no words for this. Just, thank you so much. Doakan aku, aku taknak jadi hamba Dia yang sia sia. Aku taknak jadi hamba Dia yang tercela. Kau pun sama, moga kita sama sama dikurniakan ganjaran lailatul qadar tu."

Dan, Balqis dan Syahirah berpelukan erat, bagai lama tidak bersua, tanpa menunjukkan tanda tanda untuk terlerai.

****************************************************************************** 

Cerita di atas rekaan semata mata. Untuk aku sedarkan diri sendiri juga. Sebab aku, sesungguhnya iman senipis kulit bawang. Betapa mudahnya aku terleka, betapa lalainya aku sentiasa. Ramadan tahun ni dah menghampiri penghujung. Saban tahun, setiap Ramadan aku pasti ada cerita. Duka, gembira, semua lah. Setiap tahun juga aku belajar benda baru. Untuk tahun ini, sepanjang bulan ini, yang paling menyentuh hati aku ialah petikan hadis Rasulullah (SAW) tentang celakanya hamba yang keluar dari madrasah Ramadan tanpa dosanya diampunkan Tuhan. Allahu, sekali kali tidak untuk aku menjadi hamba yang tercela. Moga berbaki lagi beberapa hari mampu aku kuat gandakan usaha untuk syurga Dia, untuk keampunan Dia. Sungguh, Ramadan kali ini penuh syahdu, pelbagai cerita, aneka kisah menyayat hati. Kerana Dia lebih tahu, moga moga susah payah jerih perih suka duka kita tak sia sia, moga sahaja Dia sudi mengampunkan dosa bertimbun. 

Faghfirlana Ya Allah. Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa' fuanna. 

Ramadan Kareem, Allahu Akram. 

Moga berjumpa lagi, Ramadan. 

Ghafir



Yang demikian itu disebabkan kerana kamu bersukaria di bumi (tanpa) mengendahkan kebenaran dan kerana kamu selalu bersukaria (dalam kemaksiatan). 
 [Surah Ghafir, Ayat 75]

Allahu astaghfirullah. 


MENGEMBEK atau MENGAUM?

"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum."

Gitu, katanya pepatah Melayu. Kiranya semua kena tukar gaya ikut keadaan, ikut persekitaran, macam tu? Tapi sampai bila? Kenapa bukan di semua tempat boleh nak berlagak diri sendiri?

Jawab majoriti, "takut nanti tak diterima masyarakat di situ".

Bosan. Penat.
Sebab dunia ni tak kekal, dunia ni 'neraka'.
Ya, sebab tu kita tak pernah rasa puas, jarang rasa senang. Sebab dunia bukan tempat berehat, memang bosan, memang tak akan habis penat.

Mukaddimah, general. Tanpa spesikifasi, tanpa khusus pada satu apa pun. Tapi, aku tulis sebab itu memang aku rasa. Pasal, memang berlaku pada aku. Pening juga mana satu nak ambil pakai, ada kata "Jadi diri sendiri, tak kira mana anda berada" ada kata "Fit yourself into society". Aku keliru, titiknya aku ambil, dah tak payah pakai apa apa, tapi gila lah tu. Mana mungkin tak pegang mana mana. Bila kata tak punya prinsip hidup, nanti manusia pandang aneh. Tapi kalau macam pepatah tu, apa? Ah, persetankan benda kecil semut yang aku fikir ni. HAHAHA.

Hari ke hari, aku belajar memang takkan semua kau boleh buat ikut otak akal kau. Bernas mana, hebat mana kau, belum tentu manusia boleh pandang baik. Percayalah, nak ikut kata hati sendiri pun payah. Hati kata sayang, tapi akal kata pergi jauh. Hati kata benci, tapi akal suruh dekat. Nak tak nak, berhenti kejap tanya Tuhan, mintak dari Dia sebab Dia lebih tahu. Tapi kadang Tuhan tak tunjuk terus, kena jugak ikut kata hati. Kata hati kita, kadang bahagiakan orang tapi sendiri hiba, kadang sebaliknya. Tapi tak mengapa lah selagi bukan benda yang Tuhan benci.

Jawapan aku nak cari hari ini (tipu, sebenarnya dari dulu dah mencari, tapi tak pernah nak jumpa solusi, hati tak ikhlas mungkin) ialah, mana satu aku nak ikut? Mana satu aku kena jadi? Boleh aku kekal buat apa aku suka, apa hati aku nak, walau sekeliling macam menghentam? Lagi parah, bila kena berperang dengan hati sendiri. Nak sayang, tapi tak boleh luah.

Titiknya, tak pernah aku henti tanya diri, nak mengembek ke mengaum?


*Pesanan penulis : Maaf, jiwa kena usik. Ayat kurang sopan, yang dikongsi macam tak beri makna. Doakan hati sihat segera.

MENULIS

"Kenapa menulis?"

"Perlukah?"

Terima kasih Inspector Saahab untuk ini.

Moga anda terdetik untuk sudi membaca post [INI]

MAMA

There's only one day declared as Mother's Day, but everyday is days to appreciate and being nice to your moms. That's my definite believe about Mother's Day as there's so many people keep saying bad things about the day. I know, this started not from Islam but I believe, we Muslims know our limits and rules, we know we're not doing things in remembrance of the history of the day created by the non-Muslims. But, it's nice to at least we remark this one special day to alarm everyone to keep their mind back to thinking and appreciating the first woman in everyone's life. Because I also believe that, not everyone remember his/her mom every day. Wallahualam, only He knows best. May He keep us away from bad things.

Alhamdulillah, for past 19 years, I had Ummi by my side watching me growing, having ears to my stories, be my crying shoulder, being someone I feel comfort hugging, and there's a lot more to tell about her which I can never able to list. Ummi is a very sweet person, a very fragile woman but she got a strong soul. She's always the first to cry tears, first to worry about everything. Ummi is always my first woman, inshaAllah.

This morning was a teary one. I suddenly remembered Cik Ti (Abah's older sister). She's arwah already (al Fatihah). I wanted to write about her, because she's one of great mom I ever met. 

Cik Ti lost her husband long time ago (he died in an accident, a tragic one). Years later, she's been diagnosed to suffer from breast cancer. She went through all the treatment and stuffs, but He knows better. She didn't get well even for a single day (as I remembered). She raised up her six children, which I know that was a very though job to do, plus she got no husband to support and help even she got more than enough money. I never seen the healthy Cik Ti. She looked so sick everyday, getting worse day by day. That was heart breaking to see someone who struggles from a very chronic disease trying to look happy and healthy in front of everyone (which she failed to do so). I know her sufferings, as she often told Abah her problems but I know there's a lot more sufferings she's been through that no one can ever understand. 

Last day in 2013, Allah finally fulfilled His promise to take Cik Ti back to Him. From Ummi's story, her death was in wudu', in fajr. Alhamdulillah, her suffering comes to the end. Maybe Allah want to let her rest, maybe Allah want to keep her closer to Him, wallahualam. Whatever it is, she's one of great mom I ever met throughout my life. Someone I close to. Al fatihah to Cik Ti. May we meet again, in jannah. InshaAllah I'll keep your words with me all the time. We miss you, Cik Ti. 

Kau mahu jadi doktor?

Ramai orang dah aku khabarkan sejarah 'penglibatan' aku dalam dunia medik. Bagi aku, cukup 'rare' kisah aku. Mungkin aku yang terlebih perasan sekarang, tapi moga moga suatu hari nanti boleh aku ceritakan kembali how that rare thing turns out as something (or someone) great, inshaAllah. If you insist to know how I get in here now, just hit me, I'll let you know.

Cukup lah sekarang dah masuk semester kedua tahun dua MBBS. Tak berani nak cakap banyak, cuma sampai saat ni aku rasa tersangat lah bersyukur. Dapat lepas masuk tahun dua ni pun, macam nak nangis rasa. Come to think of this thing, betapa lah kan pemurahnya Tuhan tu bagi aku sampai tahap ni. Dengan umur tak cukup 20 tahun, aku dah jejak bumi Jordan, dengan ditaja (pinjaman MARA) sekarang di tahun dua, belajar medik. Banyak betul rezeki Tuhan kasi. Takat mana amal kita nak tunjukkan syukur tu? Hmmm, nangis dalam diam.

Tapi, semua ni buat aku terfikir jugak. Belajar setakat ni macam okay je, tapi masa depan? 4 tahun akan datang? Kerja nanti?

Sebab aku rasa dunia doktor ni bukan sebarangan life atau profession. Kau bayangkan lah, nak live the life as someone yang 24/7 kena faham hidup, function badan manusia. Semua orang sakit, semua orang perlukan doktor. Dan, ilmu yang kau belajar memang tak boleh lupa sampai bila bila. Dalam banyak profession kat dunia ni, kerja kau lah yang paling faham physiology manusia. Dan, masalah berkaitan physiology manusia ni sangat kerap berlaku. Like, yes almost every seconds. Dengan expectation orang lagi. Memang betul pun, memang patut pun, bukan semua orang boleh ambik dan survive dunia medik ni. Kalau kau bukan jenis yang rajin dan otak geliga sikit, memang aku cakap, susah lah nak hidup. Sebab tu bukan semua orang terpilih nak diberi peluang sambung bidang medik ni. Bukan nak kata aku berbangga sebab dah jadi part of it, tapi sebaliknya yang aku rasa sebenarnya.

LOSER! Ya, sampai tahap aku rasa sangat loser. Dari dulu (even before aku ditakdirkan di sini sekarang), aku selalu terbaca life student medik (atau doctors themselves) yang sangat busy, sikit tidur, ciput rehat, tak banyak main main melagha bagai. At that time, I was quite fascinated and amazed how those people can live in that kind of unorganized life. Fuhhh, tak sanggup beb!

Dan, macam mana aku boleh kata aku rasa loser? Sebabnya sampai sekarang aku rasa aku belum live the way medic students should. No, not saying semua orang bila dalam field ni kena hidup macam tu, tak berapa teratur, kurang rehat, tidur semua. Tapi, err memang kena pun macam tu *kot.

Sampai satu tahap aku keep on berfikir, betul ke aku ni ready nak jadi doctor? Nak berkorban tidur sikit pun payah, nak berhenti daripada layan movie, games, social network pun sangatlah mujahadah yang tinggi. Dah second year kot, aku masih tak mampu nak korbankan diri untuk give full focus on belajar. And, I start to doubt myself, mampu ke aku nak kerja as a doctor? Belajar dan lulus, inshaAllah lah.

Kata nak jadi doctor, tapi tengok ke'busy'an di dunia maya sama naik je dengan orang yang tak masuk university. Pastu merungut banyak gila materials nak kena revise, semua benda nak hafal in short period of times. Merungut, mengeluh dan sampai bila tak habis. Sampai tahap aku rasa, orang lain pun doubtful tengok budak budak 'konon ambik medik' ni penuh dengan keluhan dan aduan kat social network especially. Manja takde tahap, tapi mengaku nak jadi doktor. Piiiraaahhh! Macam boleh kot sedar diri sikit kalau still kau takde effort macam sepatutnya a medical student should have, kau boleh kot fikir juta kali betul ke tak kau ada dalam bidang ni sekarang.

Bukan nak kata you can't have life as normal human being should, tapi kau patut sedar kau sekarang dalam profession ni. Bagi aku, once kau pilih belajar pasal medicine, kau memang dah kira masuk dunia profession doctor tu sendiri. Sebab setiap apa yang kau belajar memang kau kena ingat dan memang kena apply dalam kerja kau nanti. So, kalau kau main main sekarang, mungkin payah lah nanti nak survive. Kau nak main main dengan jiwa, hidup mati pesakit kau? Come on lah, memang nampak cliche, tapi that's the real life! That's sooo true mannn!

Sekarang ni, tinggal diri sendiri je lah nak decide nak ubah life ke nak stick to what kau tengah buat masa ni. Tak cakap pun compulsory untuk kau berubah, sebab tu life kau. Tapi, kau mesti lah taknak jadi doktor cikai yang setakat dapat ijazah graduated abroad tapi hmmm. Gitu lah. Something yang aku rasa semua yang dalam 'line' ni kena reflect dan fikir dalam dalam. Sangat lah dituju tepat pada diri sendiri. Aku pun teringin jugak nak hidup gaya budak medik betul, bukan nak bajet poyo ke apa, tapi aku tahu itu satu keperluan. Aku taknak sia siakan aku belajar 6 tahun untuk jadi doctor yang cincai, tak berkualiti. Mohon doakan aku! Dan, untuk semua kawan seperjuangan dalam 'line' ni, doa aku sentiasa ada, inshaAllah. Moga semua orang jadilah apa yang diimpikan and live that life in a good way.

Maaf, tak cukup dalam kot. Just food for thought. Moga bermanfaat.






JANJI

"Tuhan tak janji semua benda mudah, Tuhan tak kata semua benda payah."

Tapi, Tuhan kata kalau berusaha dan tawakal sepenuhnya pada Dia, Dia bantu. Dengan izin dan rahmat Dia juga. Aku banyak sangat mengadu, aku banyak sangat mengeluh. Tapi dalam masa yang sama aku nasihat orang supaya letak pergantungan sepenuhnya pada Dia. Aku gagal dalam tindakan, mungkin? Kurnia Tuhan, aku bukan cepat rasa lemah dan kecewa. Tengok lah, banyak kali aku gagal (in my own way defining failure) tapi aku payah nak kekal berduka. Ya, dalam erti kata lain aku payah menangis meratapi kegagalan. Sebab dah biasa (ke?) haha. Bukan suatu yang boleh dibangga, sebab aku punya mujahadah (baca: struggle) aku sendiri, dari sudut lain.

Pertama kali suatu ayat ni merubah perception aku pada satu perkara; tawakal.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Surah Al-imran : ayat 159)

Highlight kan ayat pertama tu, apabila kamu telah membulatkan tekad. Stated here, bila kita buat keputusan, that moment we start to decide, 'okay, aku nak further in this course', saat tu lah sepatutnya kita meletakkan tawakal penuh dengan Dia. Yang aku silap, bila nak buat sesuatu yang payah (contoh : exam) baru tawakal mintak tolong dari Dia. Tapi sepatutnya dari saat aku kata aku mula belajar, itu tawakal yang Tuhan suruh kita letakkan. Moga tak terlambat, moga Tuhan permudah. Moga selamat ke akhirnya. 

Dan, dalam merawat hati sendiri pun kena kuat tawakalnya. Tawakal, terima apa saja yang Dia takdirkan. Moga hati cepat sembuh. Luka lama lama sangat tak best, nanti parut dalam. Moga segala system pertahanan diri kuat untuk cepat 'heal' kan hati. Moga Tuhan jaga hati, supaya tak luka lagi (untuk berjuta kali).

Moga yang terbaik semuanya. Untuk kita semua. Sebab aku tak pernah lupa orang yang pernah bagi kesan dalam hidup aku. Kejap atau lama. Kekal, inshaAllah. 
Bukan semua orang hebat itu menunjukkan kehebatannya pada manusia. Bukan semua orang bijaksana itu menzahirkan kecerdikannya. Ada masa, mereka pilih untuk diam dan menjadi pemerhati cuma, kerana mungkin mereka lebih tahu bila dan di mana selayaknya mereka beraksi. Mungkin. Dan