Aku Mahu Syurga

Bismillah.

Mencari dan mencari. Yes, that's the word. Sampai sekarang, aku masih mencari apa yang aku mahu dan perlu. Sedang menjalani hidup sebagai pelajar tahun dua perubatan di Jordan University of Science and Technology. And what else? Sampai mana aku nak bergerak ni? Langkah aku diteruskan ke mana?

Stop sejenak. Aku ada Tuhan. Aku punya agama. Aku hidup untuk satu permulaan. Ye, akhirat. Syurga yang aku kejar. Syurga yang sebenar. Bukan syurga dunia. Dan aku tahu, untuk itu aku harus berkorban. Mungkin berkorban keseronokan duniawi. Tapi aku lemah. Sangat lemah. Bagai bayi yang tanpa didukung. Menangis merintih kelemahan minta bantuan. Aku percaya Dia ada untuk aku. Dulu, kini dan selamanya. Mungkin aku perlu lebih dekat dengan Dia. Lebih berinteraksi dengan Dia.

Moga hati aku, terus kuat. Dengan bimbingan Dia.

Aku mahu syurga!



1 comment:

  1. mahu syurga juga!!

    pimpin tangan sama2, kita berlari ke syurga jom? <3

    ReplyDelete

Say something